Makassar Tanah Airku, Bugisku Cinta

Orang
Bugis berasal dari kepulauan Sulawesi di Indonesia, dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan.
Penaklukan Belanda pada kurun ke-17 menyebabkan sebahagian daripada
mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Mereka adalah pedagang rempah-rempah dan kemenyan.
Sebagai pengetahuan am bertulis yang dikawal oleh british bahawasanya, etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu
dan di dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang
berani, lanun yang digeruni(digelar dengan teknik propaganda yang
berjaya oleh pesaing seperti Belanda dan inggeris.) dan pedagang yang
berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini
adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.
Sejarah Bugis
Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo
ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan
istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada
abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan
agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai
hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang
ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi
dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat
di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya
beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa
(Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk,
menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu
dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke
atas Sulawesi Selatan.

Menurut kitab Tuhfat al-Nafis
bahawa Keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis
iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. Kononnya, salah satu cicitnya
bernama Siti Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara
Kerajaan Saba'(Yaman) dengan bangsa TuToraja di tanah Sulawesi. Mereka
mendapatkan bekalan logam/bijih besi. Pelabuhan itu sehingga kini
dipanggil Melangkae sempena nama permaisuri sheba / kerajaan saba'
tersebut. Maka selain berdagang berlaku juga perkahwinan campur sehingga
muncul pelbagai suku kaum Bugis seperti Makkasar, Wajoa, Bone, Andrika,
Mandar dan Ugi lain-lain. Permaisuri Sheba telah mengamanahkan payung
merah sebagai pengiktirafan kerajaan berdaulat agar dipelihara kerukunan
pelbagai suku kaum di sana dengan tertubuhnya kerajaan purba Luwuk.
Sehinggalah diteruskan kerajaan Makasar (Gowa) Namun begitu,
pemberontakkan suku Bugis Bone Arung Palakka(1696) dengan bantuan VOC
Belanda telah mengkhianati perjanjian ini, mengubah fakta sejarah dan
menghilangkan sebahagian besar buku-buku sejarah penting bertulisan
Makasar dan hanya mengekalkan sebahagian dari buku La Galigo untuk
menghalalkan tindakannya menjatuhkan kerajaan Gowa pimpinan Sultan
Hassanuddin(1670). Kesannya, bangsa malayo polynesia yang ada tulisan
tersendiri ini telah kehilangan banyak kisah dan fakta sejarah, kini
yang tinggal hanya karya epik dongeng yang panjang bertujuan untuk
melemahkan bangsa ini oleh penjajah Belanda. Maka tidak hairanlah banyak
pengaruh bahasa arab Yaman terutama dalam bahasa dan tulisan Makasar
(hampir menyerupai tulisan lama di runtuhan empangan Ma'arib) yang
terdedah pada perdagangan jarak jauh dan perhubungan dengan bangsa luar.
Semua ini dapat dilihat dengan jelas sebagai misal pengaruh bahasa;
"Teyai bura’ne punna tena
ammallaki badik"
erti: Bukan lelaki jika tak memiliki badik
Perhatikan perkataan "ammallaki" adalah bunyi asal perkataan "malik"
perkataan arab Yaman manakala budaya lelaki membawa senjata pendek
adalah juga budaya bangsa Yaman dipanggil jambia.
berbeza dengan bahasa To Ugi;
Taniya ugi narekko de’na punnai kawali
erti: Bukan Ugi jika tak punyai Kawali.(juga menyerupai bentuk badik)
Pengislaman Bugis

Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu.
Bugis Dan Pembentukan Indonesia
Pada tahun 1799, Belanda menguasai seluruh Sulawesi Selatan. Dalam tempoh pemerintahan Belanda, pelbagai unsur-unsur baru diperkenalkan seperti sistem cukai dan buruh paksa. Pendudukan Jepun pada tahun 1942 mengubah pemikiran rakyat Sulawesi Selatan terhadap Belanda. Pada tahun 1945, selepas pengunduran Jepun, Sukarno mengumumkan kemerdekaan Indonesia tanpa pengiktirafan Belanda. Ini mencetuskan pertumpahan darah di Indonesia. Belanda kemudiannya terpaksa berundur dari Indonesia selepas komuniti dunia mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.
Sejarah Bugis Di Tanah Melayu
Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga
ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau
Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja
Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.
Bahasa Bugis
Etnik Bugis mempunyai bahasa tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai
Ugi). Konsonan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi.
Tulisan Bugis
Tulisan bugis adalah tulisan disusun berdasarkan bentuk alam
persekitaran tropika seperti bentuk gunung, bukit sungai dalam bentuk
mudah dan ringkas kerana kaedah penulisan (material penulisan) samada
menggunakan lidi /kayu atau menggunakan badek/kawali di atas daun lontar
atau digarit (bukan ukiran atau pahat) terus di atas tanah dan batu
untuk tujuan komunikasi dipersekitaran hutan tropika yang mempunyai
persamaan ketara dengan pelbagai tulisan di asia tenggara seperti
tulisan rencong dan lampong dan lain-lain. Corak tulisan ringkas ini amat penting sebagai alat komunikasi dalam persekitaran mereka.
Sistem ejaan
Sistem ejaannya adalah sama seperti mana sistem ejaan tulisan-tulisan
yang wujud di asia tenggara lain, tidak sama dengan versi tulisan di
bawah pengaruh brahmi atau palava/kawi yang lain.
Makassar Tanah Air Bugis >>>>> Download Now
ReplyDelete>>>>> Download Full
Makassar Tanah Air Bugis >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Makassar Tanah Air Bugis >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK